Tuesday, 14 January 2014

Buatmu Junjungan Kekasih Allah

Bismillahirrahmaanirrahiim
Ya Rasulullah.. aku rindukanmu... aku cintakanmu ya Rasulullah.. tapi aku selalu mendustakannya,, Aku seringkali meletakkan cintamu rendah daripada cintaku kepada dunia.. Aku malu padamu ya Rasulullah.. Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia. ya Rasulullah.. betapa hina dinanya diri ini.. aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau, tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan. Ya Rasulullah... sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai UMMATMU? ya Ululázm Anbiya'.. dalam sakaratul mautmu, kau masih lagi ingat pada kami.. "Ummati ummati ummati" sedangkan kami disini,sering melupakanmu, bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara.. layakkah kami untuk menerima syafaatmu di akhirat kelak? ya Rasulullah.. begitu jauhnya jarak kami dengan martabat keagunganmu.. Ya Rasulullah.. dikau sanggup mengikat perut berlapar.. kau sanggup dilempar batu sehingga capalmu penuh dengan darah.. kau sanggup dilempar dengan najis.. semuanya kerana KAMI.. untuk kami merasa betapa indahnya menyintai Allah dan Kekasih agungnya.. subhanallah.. indahnya budi pekertimu duhai Rasul yang telah dijanjikan syurga. sungutan 'Aisyah kepda Rasulullah,"Mengapa Rasulullah kau bersusah payah berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak dua belah kakinya sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang lalu dan yang akan datang?"Rasulullah dalam jawapannya berkata: "Afalaa akuunu a'bdan syakura" "tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"
Ya Rasulullah, betapa gembiranya dikau, ketika Allah akan berselawat kembali kepada kami andai kami berselawat pada Rasulullah.. bukannya dikau gembira kerana namamu disebut-sebut. tapi kerana ganjaran yang besar buat ummatmu yang berselawat padamu. Ya Rasulullah.. mulianya akhlakmu.. betapa dikau cintakan kami.. Ya Rasulullah.. aku begitu cemburu dengan sahabatmu,Abu Bakar As-Siddiq, kerana beliau sering bersamamu kemana sahaja. beliaulah yang membenarkan segala kata-katamu.. beliau juga rakan seperjuanganmu dikala menyebarkan agama Allah di muka bumi ini.. aku ingin berada di tempatnya.. menjadi temanmu yang sejati.. aku ingin melihat cahaya wajahmu setiap hari.. aku ingin menatap senyuman manismu yang bisa mencairkan hati mereka yang melihatnya.. Aku ingin mendengar kata-kata indah daripada mulutmu, agar bertambah keimanan ku pada Allah.. duhai Abu Bakar sahabat Rasulullah yang tercinta, aku cemburu padamu.. tatkala tiba masa kewafatanmu duhai Rasulullah, Para sahabat tidak dapat menerimanya. sehinggakan tangisan mereka di rumah Saiditina Áisyah didengari sehingga ke luar rumah. Umar tak dapat menerima sehingga berkata "sesiapa yang berkata Rasulullah sudah mati,akan kulibas dengan pedangku ini" Abdullah bin Zaid tidak dapat menahan sebak sehingga berdoa pada Allah; "Ya Allah,ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat sesiapapun selepas Rasulullah sallahua'laihi wassalam" belum sempat beliau habiskan doa,Allah sudah menarik ni'mat penglihatannya. begitu juga sahabat yang lain,sehinggakan ada yang berdoa "Ya Allah,ambillah nyawaku ini dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad" pada saat itu jualah Allah menarik nyawanya dan jatuh rebahlah ke bumi. saidina Uthman pula terdiam membisu,tidak dapat berkata apa-apa kerana fikirannya bercelaru dan bingung. betapa tingginya cinta yang mereka letakkan padamu ya Rasulullah setelah Allah.. aku malu.. siapalah Rasulullah di hati kita duhai ummat akhir zaman? Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya,tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya" (hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Wednesday, 1 January 2014

Sekitar Disember

Bismillah...Lama menyepi Bintang ni kan.. Rasa nikmat cuti akhir November - Disember 2013 ni masih terasa lagi.. Best sangat dapat luang masa dengan famly2 tercinta.. Awal November berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur atas pelbagai urusan..Urusan ikatan pertunangan NajWan..Alhamdulillah pada 1 Disember 2013 bersamaan 27 Safar 1435 Bintang telah mengikat pertunangan dengan seorang yang Bintang gelarkan dia 'Bakal Kunci Syurgaku'..Pertemuan di sebuah gedung ilmu yang termasyhur di Terengganu iaitu UniSZA.. Benarkah dia jodohku? Allah pengatur terbaik.. Biar jarang berhubung, gaduh sekali pun jika Allah temukan kembali maka dialah jodohku. Bintang yakin sangat Allah pengatur terbaik.
Seusai perbincangan antara 2 pihak, Bintang dibawa keluar untuk disarung cincin.. Mama menyarung cincin di jari manis Bintang.. Rasa debar bagai sukar bernafas huiishh~ belum nikah lagi.. Allahu Akbar..tidak terkata mengeletar tu memang jelas.. Risau rosak rakaman video majlis huhu...Apabila disarung jari manis..Dua kali Bintang mencium tangan ibu mertua..akhirnya Mama mencium dahiku Allahu Akbar..rasa terharu sangat2.. Bintang saaayyang Mama.. Jari manis bakal kunci syurgaku juga disarung cincin pilihan ku permata Ungu hee~
Alhamdulillah kini Bintang menjadi tunangan orang.. Pesan abah Bintang.. memang dikala pertunangan ada cabarannya.. Bintang hanya mampu berdoa moga ikatan ini menyelusuri jalan redhaNya.. Kerana Allah sudah beri BAHAGIA..Apa tugas kita?? Apa lagi kalau bukan BAHAGIAKAN.. Begitu juga JODOH.. Allah beri kita JODOH.. Apa tugas kita? Apa lagi kalau bukan KEKALKAN JODOH..Tentunya tertanya-tanya dengan siapa Bintang bertunang.. Dialah Hamba Allah yang akan Bintang menyinari hidupnya.. InshaAllah doakan Bintang ye.. Okla Bintang sebenarnya Bintang di sekolah ni.. So...nak rehat jap...tata..Assalamualaikum~
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Monday, 9 September 2013

Terjawab Takdir Cita-cita Bintang :')

Bismillah... Kemain dulu rasa macam bertahun-tahun nak tunggu result exam...lepas tu tunggu penempatan guru...sekali kena hantar diii???? di mana? haaa~ let's me show u ollss...Taraaa~
Terang tang tang dah nama "S" disitu..Huwaaaaa~ Sabah bah.. Boleh bahh kalau kau ekekekeke~ Menitis air mata hendak menerima.. Tapi jika dibandingkan dengan seseorang yang tidak mendapat apa-apa pekerjaan.. Apakah Bintang kufur nikmat? Na'uzubillah.. Syukur...Bintang terima kerana ini Fardhu Kifayah.. Kasihan warga Borneo yang masih dahagakan ilmu ustazah Bintang ni... Think positif!! Weee~ Next nantikan persiapan Bintang nak naik belon hihihi.. :')
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Wednesday, 28 August 2013

Kenyang....burp!!

Bismillah~
salam naj..sok free?jom lepak umh akk..mkn lksa..hehe
wslm akk nak nak nak....bereehhhhh wee dh lame nk jmpe akk comel nih...kul bape tu kak?
comel ke?ikot naj la...dlm kol 12 akk nk blik sg siput..sblm tu la...ok?
alo cptnye nk kesana..nk mai kul bape ekk..dlm kul 10 lbih ke blh..? ha kul 11 naj dtg eh..maceh kak
ok...tata
Dah lama sangat nak jumpa kak Amirah ni..macam nak cukup setahun rasanya tak jumpa. Rumah dekat je pun hihi..Masing-masing ada urusan sendiri melibatkan anak bangsa. Kami jarang sangat jumpa. Btw, sangat-sangat best bile dijamu fav food kot ngeh3.. Makan free la makanan paling lazat mualllahh!! Alamak!! lupa nak snap gambar laksa akak hihi~
Hajat dah tercapai..dapat sembang borak bagai. Bessstt!!Berkurun lamanya hadiah besday kak mira Bintang simpan hikhikhik...Disebabkan kak mira sempoi sangat hari ni tak boleh nak snap gambar sesame..Gambar ni je Bintang sediakan oppss sori kak..Bintang amik kt FB akak..Btw, thanks a lot kak atas laksa yang marbeles *2x tambah ok!* n hadiah yang cantekkk..boleh pakai g mana-mana nanti hihi..Bintang bagi kak mira hadiah macam bebudak..tak pe tak pe lepas ni kurang sket dah kanak-kanak ribena ngee~ Luv u kakak cayang!!!!
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Monday, 26 August 2013

Cemerlang ^^,

Bismillahirrahmaanirrahiim... Pada 2 September dengan kesabaran dan kecuakkan menunggu result exam yg boleh kata agak 'killer' nasib tak naik migrain.. Dengan kesabaran menempuh pembacaan ketekunan..usaha, doa yang tidak putus-putus akhirnya kemanisan yang melimpah hati. Bukan hati Bintang sahaja namun hati emak abah.. mama dan papa (bakal mertua) serta bakal kunci syurga ku. Berita yang amat-amat gerun untuk Bintang hadapi.. Dek kerana emak adalah staff di IPG Kampus Ipoh. Bintang perlu menonjolkan kecemerlangan dalam Program KPLI j-QAF.. Sememangnya mustajabnya doa seorang ibu. Emak..terima kasih emak abah, mama dan bakal kunci syurgaku yang tidak putus-putus memberi semangat..Ini adalah hadiah Aidilfitri buat semua ^^,
Syukur ya Allah...doakan Bintang berjaya di dunia dan akhirat ye sahabat-sahabat Bintang :')
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Sunday, 28 July 2013

Seronok !!! ^^,

Bismillah...Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ni Bintang setia menunggu 'posting' dengan kesabaran Allah melipat gandakan dengan rezki. Kita tidak akan dapat sesuatu jika kita tidak bertindak!! Bintang menjelajah bidang perniagaan.. Best jugak! Memacam attitude gelagat la customer ni..Sebab pe bintang nak jelajah perniagaan ni sebaaabbb kena pada jiwa Bintang..Bintang suka akan dunia fesyen walaupun Bintang ni bukanlah pandai sangat fesyen risau2 mendatangkan 'tabarruj' kan. Bahaya disitu ^^,... Alhamdulillah seronok tak terkata walaupun just as part timer.. keje pun hanya hari Ahad jam 9.00 pagi - 5.30 petang tapiiii sempena Ramadhan ni hari2 kena keje. Yela aura Raya katakan..Bershopping2 u ollss ngee~ tudung tuddunnnngg jom cari tudung ^^,

.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Tudddiaaaa~

Bismillah... Kedengaran sana sini "ibu nak baju macam tu"... "ibu nak tudung kaler2 besh besh". Halwa hiruk pikuk suasana pasaraya. Kedengaran diluar hon sana hon sini dek kerana nak cari parking. Sorang parking salah makanya semua salah hihihi.. sabar tuan puan bulan puasa ni...^^, Kekadang tu mcm best je tgk orang sana sini pilih2 baju. Bintang pun tumpang belek2 gak.. Bintang rasa macam dah ada baju..Baju yang diberi oleh bakal emak mertua..cantek sangat dari Makkah. Kebetulan pula mama kata "mama beli patern kita sama je termasuk fikah" terharu rasanya ngee Hamdulillah ^^,
Buat mama tersayang, terima kasih tidak terhingga.. Moga mama dilimpahi rezki melimpah ruah amiinn...Klu tengok jubah ni macam besar tapiii saiz S okkeh!..Saiz Bintang di Makkah S..SMALL klu kat Malaysia ni L.. Turun tingkat 1 plak :P Btw, Bintang heepppy sgt ^^, Okkeh2 baju bakal pula warna ni. Kebetulan nak dekat sama.. Hermm rasanya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir bujang.. Moga sampai hajat kami serta diredhaiNya Amiinnn :)
Tengok! siap gantung kat pagar beliau dek kerana nak kenal warna punya pasal. Adeh! Begini je cara kami berhubung. Bertemu untuk menunaikan hasrat tuntutan sebagai 'bakal' melihat 'bakal' je. Alhamdulillah terjaga syariat di situ.
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.