Wednesday, 1 January 2014
Bismillah...Lama menyepi Bintang ni kan.. Rasa nikmat cuti akhir November - Disember 2013 ni masih terasa lagi.. Best sangat dapat luang masa dengan famly2 tercinta.. Awal November berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur atas pelbagai urusan..Urusan ikatan pertunangan NajWan..Alhamdulillah pada 1 Disember 2013 bersamaan 27 Safar 1435 Bintang telah mengikat pertunangan dengan seorang yang Bintang gelarkan dia 'Bakal Kunci Syurgaku'..Pertemuan di sebuah gedung ilmu yang termasyhur di Terengganu iaitu UniSZA.. Benarkah dia jodohku? Allah pengatur terbaik.. Biar jarang berhubung, gaduh sekali pun jika Allah temukan kembali maka dialah jodohku. Bintang yakin sangat Allah pengatur terbaik.
Seusai perbincangan antara 2 pihak, Bintang dibawa keluar untuk disarung cincin.. Mama menyarung cincin di jari manis Bintang.. Rasa debar bagai sukar bernafas huiishh~ belum nikah lagi.. Allahu Akbar..tidak terkata mengeletar tu memang jelas.. Risau rosak rakaman video majlis huhu...Apabila disarung jari manis..Dua kali Bintang mencium tangan ibu mertua..akhirnya Mama mencium dahiku Allahu Akbar..rasa terharu sangat2.. Bintang saaayyang Mama.. Jari manis bakal kunci syurgaku juga disarung cincin pilihan ku permata Ungu hee~
Alhamdulillah kini Bintang menjadi tunangan orang.. Pesan abah Bintang.. memang dikala pertunangan ada cabarannya.. Bintang hanya mampu berdoa moga ikatan ini menyelusuri jalan redhaNya.. Kerana Allah sudah beri BAHAGIA..Apa tugas kita?? Apa lagi kalau bukan BAHAGIAKAN.. Begitu juga JODOH.. Allah beri kita JODOH.. Apa tugas kita? Apa lagi kalau bukan KEKALKAN JODOH..Tentunya tertanya-tanya dengan siapa Bintang bertunang.. Dialah Hamba Allah yang akan Bintang menyinari hidupnya.. InshaAllah doakan Bintang ye.. Okla Bintang sebenarnya Bintang di sekolah ni.. So...nak rehat jap...tata..Assalamualaikum~
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment