Bismillah...
Jumaat lepas sebelum Majlis Maulidurrasul bermula sempat lagi Lecturer Bintang mai datang nak observe taaappiii observe fail portfolio praktikum je huhu..alhamdulillah.. katanya:
Ini la kali pertama saya tengok fail yang penuh persediaan. Saya tengok yang lain xda persediaan lagi. Sedih saya. Herm, Saya dah nampak awak mempunyai potensi dari segi persediaan. Syabas!!
Selepas itu pula buku Rancangan Pengajaran Harian lak disemak..*telan air liur*
Okey saya nampak awak pun sudah tahu macam mana yang saya mahukan. Ada warna warni... Cuma awak perlu lebih kreatif dari segi set induksi. Tarik perhatian murid yang ingin tahu apa yang kita akan pelajari
*angguk tanpa henti sambil tersenyum*
Hati Bintang bermonolog tak putus2 melafaz syukur..
Hah!
*terbeliak mata Bintang taauuu huhu*
Yang macam ni saya tidak mahu.. Rancangan Pengajaran Mingguan mesti bertulis hanya 12 minggu sahaja. Rancangan Pengajaran Tahunan pun macam tu ambil 12 minggu sahaja
*ape??? tulis tangan??* Dengar Lect cakap macam tu pun dah rasanya rapuh jari jemari Bintang ni huhu...sabo jela...Hati memujuk 'lakukankan kerana Allah'
12 minggu rasanya macam sikit taaaapiii setiap hari ada pengajaran.. Huhu.. memang mencabar praktikum IPG ni..Tak macam praktikal time Universiti dulu..hihi..memang lah lain Bintang oi... dulu bukan pendidikan sekarang Pendidikan dan Bintang Bakal Pendidik Bangsa tauuu~
Lec bagitau
Saya tak mau copy paste copy paste ni sebab ni kerja orang malas
Bintang berkata hati ~* Bintang taip sendiri ni tau Lect*
Tak berani pula nak berkata-kata.. terima seadanya..
Huhu...jom mulakan yang terbaik... Ada hikmahnya. Man jadda wa jada ^^,
Rasanya tak lewat ucap lagi kot. Bagi yang sedang Praktikum macam bintang sekarang. Selamat Berjuang ^^,
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.
No comments :
Post a Comment