Tuesday, 12 February 2013

Senyum Sok^^o ~

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi). Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya. Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.” Senyum Lagi ^^, Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan. Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah. Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.” Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!” Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!” Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!” Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam, “anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.” Bukankah itu indah? Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Saturday, 9 February 2013

Semingguuuuuu~ Yay yay

Bismillah... Start cuti seminggu....seminggu ni memang plan memacam lah huhu... 1. Wat soalan ujian bulanan 2. Edit Gambar Anugerah 3. Gi kenduri kendara.. Alhamdulillah..cuti2 ni memang murah rezeki..hari ni memang dapur xberasap. Tengahari kenduri 2 tempat.. Malam makan nasi ayam kt rumah along sempena Hari Jadi Ke 27 ...Selamat Hari Lahir Along.. Ape pun bersyukur sangat cuti panjang ni.. masa luang diisi dgn penuh manfaat insya Allah.. Bintang sentiasa semangat!! Berusahalah sementara ada kesempatan, Jangan menunggu sehingga kesempitan, Menjadi insan cemerlang bukanlah senang.. Tapi ia juga bukanlah mustahil.. Dengan izin Allah SWT... Okeh bintang nak mula kerja edit-edit gambar.. JOm!! ^_____^

.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.

Contoh RPH KSSR

Bismillah... Assalamualaikum... Entry ni untuk pelatih-pelatih jQAF..mungkin sahabat2 tidak faham @ tidak tahu @ ape2 lah... So, kat sini cik Bintang nak xplain.. Ini adalah amanat dari Encik Mohd Yusri selaku Penyelaras jQAF IPGM Kampus Ipoh untuk kongsi gan sahabat-sahabat. Mulanya Encik Yusri berat hati nak bagi lagi sebab tak dimurnikan lagi. Tapi bila fikir balik sian sahabat-sahabat xdapat info dengan jelas.. Pertama, ini la sebenarnya cara penulisan untuk muka depan tu..
Kedua, Okeh yang ini same macam yang pertama tadi cume susunan je yang berlainan.. asalkan ada ea ;)
Ketiga,keempat & kelima, Ha yang ketiga- kelima ni mesti sahabat2 pening sket.. Sebenarnya wat macam kite wat 4 petak sebelum ni cuma perincikan sket ape yg kite wat..
Akhir sekali, taddaaa...macam ni caranya nak susun petak-petak tuuu~
.~: Moga Sentiasa Dikelilingi Rahmat Dan Kasih Sayang Allah :~.